Cara Mudah Menguji Ketulenan Emas



Tujuan menguji ketulenan Emas adalah untuk memastikan suatu barang benar-benar emas, selanjutnya jika telah pasti bahawa barang tersebut adalah emas maka perlu diketahui berapa kemurniaan emasnya.

Kemurnian ini disebut juga kadar karat, dalam bahasa sederhana disebut karat.

Berikut adalah beberapa teknik untuk menguji emas :

   1.  Pengujian Sederhana

Pengujian ini dilakukan tanpa alat ukur atau alat bantuan yang lain. Biasanya dilakukan oleh orang-orang yang telah berpengalaman bertahun-tahun sehingga memilliki insting yang tinggi. Di kedai pajak gadai orang yang ditugaskan menguji emas (atau disebut penaksir emas) pun tidak semuanya memiliki kemampuan ini.

Mereka biasanya memakai beberapa ciri fizik yang dijadikan acuan antara lain jenis berat (merasakan berat benda dan membandingkan dengan ukurannya), warna dan baunya (umumnya perhiasan emas warna dan baunya sangat dipengaruhi jenis dan kadar logam campurannya, serta acuan lain yang hanya merekalah yang tahu. Kerana biasanya pengujian ini dilakukan sebagai cara sederhana dan awal untuk membezakan emas dengan logam lain, emas asli atau emas gadungan.

    2.  Pengujian Kimia

Sudah jelas dari namanya pengujian ini mengunakan alat bantu berupa bahan kimia. Iaitu dua buah larutan yang pertama larutan asam: H2SO4  berwarna kuning, yang kedua campuran larutan H2SO4 dengan NaOH perbandingan 2:3  berwarna merah. Ditambah satu lagi alat bantu berupa bongkahan batu hitam.



Barang uji digoreskan beberapa kali ke batu hitam RX tadi.

Sebahagian goresan pada batu tadi dititiskan larutan H2SO4, terjadi reakasi kimia, tunggu beberapa saat (kira-kira setengah minit) kemudian keringkan dengan kapas,.

Ada tiga kemungkinan yang terjadi warna goresan:-

a.  Hilang sama sekali
maka barang dinyatakan bukan emas.

b.    Sedikit pudar
maka barang dinyatakan emas berkadar dibawah 16 karat.

 c.  Tetap sama
maka barang dinyatakan emas berkadar diatas 16 karat.

Apabila telah diketahui barang tersebut emas dengan kadar diatas 16 karat, kemudian dipastikan berapa karatkah emas tersebut?

Untuk itu dilakukanlah tahap selanjutnya:

Pada goresan emas sisi lainnya dititisi larutan kedua (warna  merah) terjadi reaksi kimia, tunggu beberapa saat (kira-kira setengah minit) kemudian keringkan dengan kapas, ada tiga kemungkinan   yang terjadi warna goresan:

   a) Pudar sekali
maka kadar emas dibawah 23 karat, diatas 16 karat.

   b) Sedikit pudar
maka kadar emas berkisar 23 karat atau 22 karat.

   c)  Tetap sama
maka emas tersebut berkadar 24 karat (emas murni).

   3.  Pengujian Fizikal

Kali ini adalah pengujian dengan menerapkan ilmu-ilmu fizikal. Iaitu dengan mengukur berat jenis barang uji. Alat bantu yang dipakai adalah timbangan emas digital (timbangan ini memiliki ketelitian yang cukup tinggi), segelas air serta benang (tali rafia yang diurai tipis, dipilih kerana tidak menyerap air).

Kekurangan teknik ini adalah terbatas pada emas (benda uji) yang padat berisi alias tidak berongga (masif).



PROSEDUR PENGUJIAN:

1. Emas ditimbang. Sebagai contoh emas yang saya bawa ditimbang hasilnya 10 gram. Hasilnya disebut sebagai berat kering.

2.Kemudian segelas air diletakkan diatas timbangan, kerana angka pada timbangan berubah maka perlu direset dengan menekan butang sehingga angka menjadi 0 (nol) kembali.

3.Kaedah timbangan air kini telah digunakan di kebanyakan sistem AR-Rahnu.

 4. Pengujian Magnet

Alat Ukuran in akan memberi jenis emas dalam unit Karat.





Minat menyimpan emas ? Minat BUSINESS EMAS ?? :)

   ·       Whatsapp 0111-888 4042

   ·       Instagram

   ·       Fb : 
       Emas Murah(FJ Powergold) atau