Salah satu keistimewaan emas
ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset
yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh
menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi
boleh dicairkan di seluruh dunia.
Emas Vietnam
Ketika perang Vietnam
sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari
meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harta
benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa
melarikan diri ialah EMAS bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar
bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di
mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara
persinggahan mereka.
Dengan menyimpan emas,
pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara
persinggahan mereka. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam
Selatan?Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana
wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain.
Oleh sebab itu anda juga perlu
menyimpan emas. Ia boleh digunakan untuk kecemasan seperti rakyat Vietnam yang
menukarkan emas kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.