Sebenarnya perniagaan ini telah lama dijalankan oleh orang China.Seperti pajak gadai selain dari menerima pelanggan bagi tujuan meminjam wang dengan mencagarkan barang kemas (emas), pajak gadai juga membeli emas terpakai dengan nilai semasa.
Ada sesetengahnya mengambil kesempatan
dengan mengurangkan nilai emas semasa dengan memberikan pelbagai
alasan.Antaranya emas itu dikatakan rosak. Sebenarnya nilai emas tidak akan
turun sekalipun rosak atau rantai emas putus. Emas perlu ditimbang kemudian
dinilai dengan harga semasa.Secara langsung ramai pelanggan tertipu dengan
sikap pembeli barang emas terpakai ini.
Sebenarnya ramai di kalangan pemilik emas
terpakai yang rosak ingin menjualnya.Sebagai saudagar emas anda kenalah
bersikap jujur dalam membeli hak milik pelanggan anda.
Untuk tujuan memulakan
langkah pertama di sini saya berikan tipnya:-
1) Sediakan
nilai wang yang bersesuaian dengan
keperluan ketika membeli emas terpakai. Sebagai contoh anda perlu ada RM500 untuk
membeli barang kemas bernilai kurang dari RM500.Jika lebih adalah lebih baik
kerana anda mungkin didatangi pelanggan yang hendak menjual barang emas mereka
dengan nilai semasa.
2) Dapatkan
maklumat terkini setiap hari harga pasaran emas, 999.9. 916 dan yang lain. Ingat! anda pembeli,
maka perlulah membeli dengan harga beli iaitu nilainya rendah dari harga jual.
Sebagai contoh:- Emas 999.9 harga beli RM155 segram. Harga jual RM147 se
gram.Anda perlu menggunakan sebut harga jual RM147 se gram.
3) Untuk
mendapatkan harga emas semasa anda boleh melawati laman web yang menyediakan harga naik turun emas misalnya:
Bank Negara, Public Gold dan banyak
lagi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui kedai-kedai emas ternama
di mana menyediakan papan kenyataan harga pasaran emas, beli dan jual.
4) Tidak ramai yang tahu anda seorang pembeli emas
terpakai. Mungkin kawan, saudara-mara anda saja yang tahu.Maka war-warkan
perniagaan anda kepada sesiapa yang anda kenali. Biasanya iklan dari mulut
ke mulut ini menjadi lebih lancar berbanding iklan berbayar di akhbar.
Minat menyimpan emas ? Minat
BUSINESS EMAS ??
·
Whatsapp 0111-888 4042
·
Instagram
·
Fb :
Emas Murah(FJ Powergold)/