1. PELABURAN
EMAS SECARA FIZIKAL
Pelaburan emas secara
fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas
fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai
emas pelaburan.Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat
khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan,
syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk
dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga
belian dan jualan yang rendah (dipanggil
spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah
pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah
membuat barang kemas tersebut. Selain itu, susut nilai bagi barang kemas juga adalah
tinggi (25 % - 40%).Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada
pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.
INSTITUSI YANG MENJUAL EMAS
PELABURAN
Di Malaysia, terdapat 6
institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang
Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas
dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold
International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan –
Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong,
Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
7.Amethyst Gold Creation
Sdn Bhd (POWERGOLD.BIZ)
MEMBELI EMAS FIZIKAL DI
KEDAI EMAS.
Untuk pengetahuan anda,
terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib
Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi. Tetapi saya tidak
menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini kerana harga
yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula
jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.
Terdapat 2 jenis jongkong
emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu:
1. PAMP Suisse
2. Poh Kong Bunga Raya
2. PELABURAN
EMAS MELALUI AKAUN SIMPANAN EMAS
Selain daripada membuat
pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat
pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 bank yang
menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving
Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold
Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun
simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas
akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah
berdasarkan kepada harga emas semasa.
JOM BINA
PERNIAGAAN EMAS BERSAMA POWERGOLD.BIZ J
Minat menyimpan
emas ? Minat BUSINESS EMAS ??
· Whatsapp
0111-888 4042
· Instagram
· Fb : Emas
Murah(FJ Powergold)/